Apakah Itu FOREX / FOR EX

1. Forex adalah singkatan dari Foreign Exchange yang bermaksud Tukaran Asing. Forex juga biasanya dikenali sebagai FX. 


2. Forex merupakan entity kewangan yang terbesar didunia dengan transaksi melebihi $5.7 trillion sehari(Data setakat April 2014). 


3. Transaksi Forex adalah 2 hala contohnya matawang GBP/USD; apabila kita membeli matawang GBP bermakna kita menjual matawang USD dan begitu juga sebaliknya. 

4. Tukaran Asing berlaku apabila satu matawang ditukarkan kepada matawang asing transaksi ini berjalan 24 jam sehari secara berterusan selama 5 hari dalam seminggu. 

5. Dari transaksi ini, kita mendapat manfaat keuntungan apabila nilai matawang utama yang kita beli meningkat dan begitu juga apabila nilai matawang utama yang kita jual menurun. 

6. Pelaburan Forex amat popular kerana keuntungannya amat lumayan dan boleh mencapai keuntungan 100% dalam masa beberapa hari. 


7. Akan tetapi, ianya juga berisiko tinggi untuk rugi dalam sekelip mata apabila tidak mempunyai pengetahuan yang cukup semasa berdagang.



Foreign Exchange atau Tukaran Matawang Asing, juga disebut sebagai “FOR EX” atau “Forex” atau “Retail forex” atau “FX” atau “Spot FX” atau hanya disebut “Spot” adalah urusniaga  terbesar di dunia, dengan volume lebih dari $ 5.7 trilion per hari (data tahun 2014).

Jika Anda membandingkan bahawa dengan $ 55billion  per hari volume yang diperdagangkan New York Stock Exchange, Anda dapat dengan mudah melihat betapa besarnya Foreign Exchange tersebut. Jumlah tersebut sebenarnya sama dengan lebih dari tiga kali jumlah total saham dan pasar mendatang"future" yang dikombinasikan! Forex boleh menghasilkan untung atau rugi yang sangat besar!
Apa yang di"urusniagakan" pada Foreign Exchange?
Jawapan sederhananya adalah wang atau duit tunai kita. Perdagangan Forex merupakan pembelian secara terus satu mata wang dan menjual mata wang lainnya.

Mata wang diperdagangkan melalui  broker atau dealer, dan diurusniagakan berpasangan; misalnya Dolar Euro dengan Dolar Amerika (EUR/ USD) atau Pound sterling dengan Yen Jepun(GBP/ JPY).
Kerana anda secara fizikal tidak membeli apapun. Bayangkan membeli satu mata wang seperti membeli saham pada negara tertentu. Ketika Anda membeli, contoh, Yen Jepun, sebenarnya anda sedang membeli saham diekonomi matawang Jepun , kerana harga mata wang tersebut merupakan refleksi langsung atas apa yang berlaku di pasaran mengenai mata wang dan kestabilan masa depan perekonomian Jepun.
Secara umum, pertukaran satu mata wang vs mata wang lainnya merupakan sebuah refleksi situasi perekonomian negara tersebut, dibandingkan dengan perekonomian negara-negara lainnya.

Tidak seperti pasar-pasar saham lainnya semacam New York Stock Exchange, urusniaga spot Forex tidak memiliki lokasi spesifik maupun pertukaran berpusat. Online Forex dianggap sebagai urusniaga Over-the-Counter (OTC) atau “Interbank”, kerana faktanya bahawa keseluruhan pasaran dijalankan secara elektronik, di dalam suatu jaringan bank-bank, secara terus menerus selama  waktu 24 jam , 5 hari seminggu.
Akhir tahun 1990-an, hanya “orang-orang besar” yang mampu memainkan permainan ini. Pada awalnya, syarat agar Anda dapat berurusniaga ,jika Anda memiliki sepuluh sampai lima puluh juta dolar untuk memulakan kegiatan tersebut! Forex pada mulanya ditujukan untuk dipergunakan oleh para banker dan orang-orang vip – dan bukan diurusniagakan oleh kita “orang-orang kecil”. Namun demikian, kerana berkembangnya internet, broker-broker perdagangan Forex kini dapat menawarkan perdagangannya kepada para pedagang ‘awam’ seperti kita.
Yang Anda perlukan untuk forex online hanyalah  komputer(laptop), koneksi internet , dan ilmu teknikal analisis.

Apa yang Dimaksud urusniaga Spot/Forex?
Urusniaga spot adalah dagangan yang berhubungan dengan harga matawang dari pergerakan harga semasa yang tertera di platform broker masing-masing.

Mata wang Mana yang Diperdagangkan?
Mata wang yang paling popular bersama dengan simbol-simbolnya ditunjukkan di bawah ini:


Simbol-simbol mata wang Forex selalu tiga huruf, dua huruf yang pertama mengidentifikasi nama negaranya dan huruf yang ketiga mengidentifikasi nama mata wang negara tersebut.

Bilakah Mata wang oleh Diperdagangkan?
Pasaran FX spot memang unik di dalam pasar dunia. Pasaran tersebut seperti Super Wall-Mart ketika urusniaga dibuka selama 24 jam per hari. Setiap saat, di manapun di seluruh dunia, pusat urusniaga seperti Bank Negara (Malaysia) dibuka untuk bisnes, dan bank-bank lain, serta lembaga-lembaga pertukaran mata wang lainnya,sangat aktif di setiap jam siang malam dengan hanya sedikit waktu rehat sebentar pada umumnya di akhirwaktu urusniaga.
Pasar pertukaran matawang asing akan efektif mengikut suasana ekonomi negara-negara tertentu, jadi Anda boleh berdagang semalaman (jika Anda seorang scalper) atau di pagi hari (jika Anda intraday). Ingat baik-baik, forex ialah urusniaga yang paling berisiko untuk diniagakan jika kita tidak mempunyai ilmu yang mencukupi.High RISK,High RETURN.

Panduan Pilih Broker Forex & Penipuan Broker Forex

1) Broker atau Syarikat Forex - Senarai Dlm Pantuan BNM

Bila diceritakan tentang ilmu brokerage, ini merupakan satu kelemahan yg ketara bagi trader2 di tanahair kerana majority tidak mempunyai knowledge walaupun sudah bertahun2 dlm dunia ini. Faktor utama kerana majority trader mengambil mudah pengetahuan tentang brokerage. Xpe aku xnk bercerita secara terperinci pasal brokerage sekadar aku kaitkan dgn topic arkitel berkenaan ini. Broker atau syarikat forex boleh dikategorikan kpd 3 bahagian iaitu:

- Broker STP[Straight Thought Processing]
- Broker Market Maker
- Bucket Shop

Broker STP adalah merupakan broker yg sebetulnya utk kita berurusan… didalam trading order yg kita buat deposit akan melalui broker ini dan dihantar ke LP[ Liquidity Providers ] dan terus diniagakan dibank2… aku x perlu nk bercerita panjang lebar pasal broker STP tetapi sekadar perkara yg perlu anda tau deposit yg kita lakukan adalah selamat… Broker tersebut tidak mengambil deposit kita tetapi ia hanya sbg perantaraan sahaja… kalau broker tersebut bankrap sekalipun, deposit kita tidak hilang dan pasti ada third party yg akan berperanan utk menguruskan pengeluaran deposit kita itu. Satu perkara yg patut korg tau, tiada satu broker forex dlm dunia ini yg tidak mengaku ia bukan STP. Bagaimana kita ingin mengenalpasti dan dpt membezakan? Ada banyak broker yg STP tetapi anda juga kena tau apa yg dimaksudkan broker STP dgn fully STP. Broker STP kebiasaan mereka akan ada A book (hantar ke LP) dan B Book (market maker) dan fully STP mereka hanya ada A book sahaja…

Broker Market Maker, ada yg mengatakan ia sbg scam… aku tidak bersetuju dgn tuduhan tersebut tetapi aku akui broker market maker pun boleh menjadi sbg scam jugak kalau pihak berkenaan tidak bertanggungjwb… Istilah market maker ini sbnrnya broker tersebut tidak menghantar deposit dikalangan trader ke LP. Mereka hold duit tersebut dan pastikan trader yg loss at least 70% dari yg withdraw… Kalau yg withdraw melebihi loss, broker ini akan bankrap. Anda kena fhm, apa yg dimaksudkan dgn broker? Bukan dlm forex saja ada broker.. kita biasa dgr broker tanah, broker kereta, broker rumah dan yg pasti broker adalah org tgh dan incomenya semata2 makan komisen sahaja… Cuba translate blk dlm forex. Bagi memastikan statistic loser tu jauh lebih tinggi dari winner, broker tersebut akan sentiasa menganggu trading anda dpt2 akaun yg dah byk membuat profit. Setiap function didlm MT4 boleh di plug in dan pelbagai cara mereka boleh buat utk memastikan sesuatu akaun tersebut kerugian… yg lebih tidak bertanggungjwb lagi, adakala withdrawal tidak dibayar… atau dibayar lebih rendah dari rate semasa… off quote.. disable… profit ditarik blk… history profit dipadamkan… yg lebih teruk lagi akaun didelete terus… Ada broker yg market maker yg bertanggungjwb dan tidak dinafikan ada yg lebih 5 tahun beroperasi di Negara kita dan membyr setiap withdrawal…. Bagi anda yg modal kecil mungkin setakat puluh2 usd atau ratus2 usd atau beberapa ribu usd mungkin anda tidak akan terasa perkara ini… tetapi yg sgt merbahaya jika capital anda melibatkan puluh2 ribu, ratus2 ribu atau jutaan usd.. sepatut di dalam apa2 pelaburan kita kena pastikan capital yg kita letakkan ditempat yg betul dan selamat… andaikata broker tersebut tidak membayar withdrawal, lebih2 pun anda hanya mampu banned sahaja… kalau broker tersebut tutup dan membuat dajal kpd akaun anda, TIADA SATU PIHAK DALAM DUNIA INI yg mampu membela nasib anda utk dptkan kembali capital tersebut… sekali lagi harus diingat, pastikan keselamatan capital kita… kalau akaun MC kita puas hati tp kalau broker yg melesapkan capital kita ia satu perkara yg pasti sgt pedih dan perit utk ditelan…

Bucket Shop ,antara ketiga2 berkenaan yg pasti utk mengenali ianya mmg 100% scam adalah bucket shop. Kebiasaan forex dijadikan sbg instrumen perniagaan mereka walhal itu hanyalah sbg dummy semata2. Ia lebih sesuai disebut sbg money game. Syarikat @ yg konon dikatakan broker ini akan mengambil deposit dan sampai satu tahap bila bakul tersebut sudah penuh mereka akan hilang dgn cara website shut down, tiada lagi ROI. Modus operandi yg sering dilakukan hanya menunjukkan kekayaan mereka termasuk leader2 supaya dpt mengaburi mata org ramai. Dengan system pembayaran bonus yg efisyen dan ontime, melantik org luar sbg CEO itu semua biasa kita lihat. Income broker adalah komisen yg dipanggil sbg Spread @ brokerage fees… Kalau ada investor depo 1 juta sekalipun, selagi tiada trading lot yg diorder pada akaun tersebut selagi itulah broker tiada ada apa income lagi… Sebab itulah dalam forex tiada istilah Referral bonus yg dibyr on the spot, ROI, fix return, guarantee capital, pairing, capital tidak dibenarkan di withdraw… Itu semua bidaah semata2… Jadi utk mengelak kita menjadi mangsa dan terpedaya dgn company @ broker yg berperanan sbg bucketshop ini, pastikan anda lihat apa yg sy dah senaraikan dahulu… apakah ciri2 itu ada? Kalau ada jgn sesekali mencari nahas!!!

2) Fund Manager

Maksud fund manager ini yg lebih tepat individu yg menguruskan akaun trading individu lain (investor). Fund manager begitu banyak dari kecil2an hingga kpd menubuhkan syarikat2 besar @ hedge fund. Apakah kelayakan bagi seorg Fund Manager? Xperlu fikir besar2.. kita ambil factor yg underground jer… Sepatutnya yg dikehendaki adalah seseorg yg sudah konsisten didlm trading sekurang2nya 1 tahun dan ke atas… utk mendptkan konsistensi pula, pasti kita memerlukan penjagaan risk pada tahap yg minima… Konsisten adalah perkara yg sgt sukar utk dicapai tidak kira apa jua bidang sekalipun termasuk player2 sukan… aku xnk sentuh perkara yg besar yg melibatkan syarikat2 fund manager pada level professional.. Memadai kpd satu2 individu yg berani menguruskan capital org lain dan merisikokan di dalam forex… cara mereka menambat hati investor dgn show SS profit yg gila2… mungkin SS profit itu setakat rekod trader utk satu skrin computer atau gadget… adakah ia sudah mencukupi? Cara utk mengaburi mata pelabur dgn menunjukkan lot2 trading yg besar2 (high risk) dan mencapai gain yg sgt luar biasa… satu perkara anda kena fikir, kalau pihak tersebut begitu hebat kenapa mereka ingin menggunakan modal org lain dlm trading lagi? Aku fhm, ada yg mula konsisten ttp capital utk own account tidak besar. Ini satu cara utk mereka mendpt income yg lebih dan membesarkan akaun trading sendiri dimasa akan dtg… ttp anda harus ingat, 95% loser dlm forex… kebarangkalian utk anda rugi adalah jauh lebih tinggi dari untung…

Kesilapan besar kpd fund manager sebegini ialah MEREKA MERISIKOKAN 100% CAPITAL INVESTOR DALAM TRADING. Biasa yg berlaku loss, akan total loss… sehelai sepinggang… SEPATUTNYA FUND MANAGER HANYA BERHAK MENGGUNAKAN 30% CAPITAL INVESTOR sahaja bukannya 100%... jika berlaku kerugian maksimum 30% dari modal, pihak fund manager ini wajib surrender semula akaun investor mereka… anda kena akui anda telah gagal… xdela investor tu terkulat2 modal habis licin… lebih baik dpt blk 70% dari x dpt langsung… tetapi byk yg kita lihat disini, ramai yg konon2 fund manager tidak bertauliah ini akan melicinkan modal investor mereka… kalau mereka terus mencari investor lain dan berterusan mencari investor lain, tetapi hasilnya tetap habis licin…. Ini sudah boleh dikategorikan sbg scammer…. Yg tidak bertanggungjwb ada yg terus menghilangkan diri… menukar no phone… golongan ini sbrnya mereka tiada lagi modal sendiri utk dimanagekan dan terpaksa mencari modal org lain… ada juga yg memakan affiliate dan melakukan trading hanya semata2 mengejar komisen affiliate sahaja tanpa mengambil kira risiko akaun investor tersebut… Sangat ramai yg menjadi mangsa disini….

Kpd yg membaca, hati2 tentang perkara ini… nasihat aku pergilah belajar forex… dptkan kefahaman yg tinggi dlm trading dan seterusnya mampu membuahkan hasil…. Kalau kita tgk diluar sana, majority trader2 yg konsisten dlm trading, mereka tidak berminat utk mengambil mana2 capital utk diuruskan… walau dipujuk sekalipun, pihak berkenaan tidak berminat… tentu sekali alasannya, “aku dah cukup modal buat apa nk ambil modal org lain lagi?” mungkin jua ada yg akan berkata “aku lebih selesa trader akaun sendiri dari trade akaun org lain, xkan sama”…. Sebenarnya anda sbg trader x perlu pening2 kepala mengambil akaun org utk dimanagekan…. Byk broker2 forex menawarkan Sistem Pamm dan Copy Trade…. Terbuka sapa2 boleh jadi manager… kalau anda perform, pasti ramai yg akan follow akaun mereka pada trading anda… kalau anda sbg seorg investor, cari mana2 pamm akaun atau copy trade dan pilih yg terbaik utk anda ikuti trading mereka… ttp kesilapan kebanyakan follower disini mereka suka memilih yg high gain.. sesungguhnya high gain itu pasti ia high risk dan saya boleh katakan 100% mustahil utk ia konsisten….

Carilah manager Pamm atau Copy Trade yg mengambil low risk… walau gain x tinggi tp yg anda dpt itu adalah keuntungan di dalam keadaan capital anda terjaga dan tidak pernah goyah dgn drawdown yg tinggi secara berterusan…. Kalau berlaku loss pun pasti ia akan dlm keadaan terkawal…


3) Class Forex

Ini adalah perkara yg sensitive… aku nk kena huraikan dgn cermat supaya tidak ada pihak yg akan salah anggap apa yg aku ingin sampaikan dapat2 diri aku sendiri juga sbg seorg pengajar. Sebenarnya peranan pengajar2 sangat penting dlm industry ini… golongan ini sebenarnya telah membuat satu kerja yg mulia dgn menyampaikan ilmu2 yg bermanfaat kpd pelajar2nya.. mmg byk terdpt isu dan adakala perasaan kesian kpd golongan pengajar ini pun ada juga dgn pelbagai tuduhan dan tohmahan…. Aku cuba mendalami, apakah tujuan si pengajar ini mengadakan kelas2 forex tidak kira samada face to face atau secara online? Anda perlu tahu, setiap kali pengajar mengadakan sesi kelas pasti ia melibatkan costing, masa, tenaga dan yg pasti nilai ilmu yg ingin disampaikan oleh pengajar….
Ada pertikaian dikalangan trader2 mempersoalkan kelas berbayar dan sepatutnya perlu diberi percuma… ini sebenarnya menampakkan ketidakmatangan trader tersebut… berbayar atau tidak sbnrnya atas diri si pengajar tersebut…. Kalau ada seorg yg benar2 ingin membantu dan membuat amal jariah, itu atas diri individu tersebut… bagi pengajar yg tidak mampu membuat sedemikian jgn dipersoalkan….

Pengajar @ Cikgu2 forex ini aku boleh pecahkan kpd 3 kategori…..

a. Memang ingin membantu trader dan mengajar dgn ikhlas tanpa mengharapkan apa2 balasan… pengajar ini adakalanya memberi servis percuma tanpa mengambil sbg yuran dari pelajar mereka.. dan ada juga yg mengenakan yuran ttp ala kadar @ rendah utk menampung kos atau boleh dikategorikan sbg komitmen fee. Itu adalah perkara yg sgt positif tetapi yg negatifnya, ada segelintir pelajar yg hanya seperti melepas batuk ditangga dgn kelas2 percuma atau sgt murah ini… nk cari yg berkualiti dikalangan student disegi komitmennya percentage adalah rendah.

b. Mengkomersialkan dan menjadikan Kelas Forex sbg business… kebiasaan golongan ini yg sering disalah anggap… anda semua perlu tau, dlm forex utk berniaga utk dpt untung bukan pada trading saja… ada pelbagai cara dan salah satunya hasil dari kelas forex ini… mungkin golongan ini akan mengenakan yuran sehingga angka ribu dan marketing adalah perkara yg utama perlu dilaksanakan bagi memastikan sambutan yg baik dari penyertaan trader2. Kebiasaan golongan ini akan mengkomersialkan satu satu teknik yg dikira terbaik dgn menunjukkan hasil dlm bentuk SS dari penggunaan teknik beliau sendiri… Itu mmg perkara biasa dan nama pun marketing… dalam hal ini kedua2 belah pihak harus bersifat terbuka… kalau ada kalangan trader mempersoalkan dan meminta investor password, pihak pengajar jgn rasa marah pula yer… lagipun kelas yg anda kendalikan harga sampai beribu2 dan anda sendiri telah perkenalkan satu teknik yg hebat dan ini lah risiko anda perlu ambil… ttp hak anda juga utk melayan karenah trader sedemikian atau ignorekan saja… secara peribadi, pendapat aku semua pihak tidak perlu perlekehkan pengajar sebegini.. pertama anda kena understanding sbb mereka business… kedua, aku yakin mereka ikhlas mengajar dan ada juga yg terus memberi bimbingan berterusan…. Ketiga, x perlu sibuk2 persoalkan performance trading mereka sbb pengajar ini ibarat coach… dalam arena bolasepak kenapa coach sendiri tidak turun padang bermain bola… kenapa anak2 buah dia yg bermain? Point disini, pengajar ada kebolehan mengajar dan pasti dlm ramai2 ada yg telah Berjaya… belum tentu seseorg trader yg mempunyai byk knowledge sampaikan ilmu candlestick yg dia hafal 500 mukasurat dia sudah pandai trading… jawapannya belum tentu tidak yer… kalau individu ini caj harga lamb chop sehingga RM100 sepinggan ttp rasanya mmg sgt sedap sampai terkesan ke anak tekak berhari2… pasti customernya akan bertambah dan perniaagaannya makin maju dalam skala yg besar… ttp kalau rasanya tawar, kelat, dagingnya liat atau biasa2 saja…. Pasti tidak lama mana pun perniagaan mereka… silap2 jual harga RM10 pun belum tentu boleh maju lagi…

c. Menjalankan perniagaan dan mengambil kesempatan… biasanya mengambil kesempatan yg berkaitan dgn yuran penyertaan yg terlalu tinggi dan adakala langsung tidak munasabah… golongan sebegini hanya focus pada marketing…. Marketing kena betul2 power… apa yg boleh mengaburi mata org ramai? Kelas sebegini mungkin mencecah 5 angka sudah diibaratkan satu pelaburan yg besar dikalangan peserta yg menyertainya… adakah ia berbaloi? Bila aku katakan mengambil kesempatan, selalunya golongan ini akan memasang umpan dgn show off kekayaan dan kejayaan semata2… ilmu yg diajar adalah biasa2… tiada apa2 kelayakan atau sijil pengiktirafan dari mana2 badan tertentu pun tiada utk mereka mengenakan caj yg terlalu tinggi… pendapat aku, yuran kelas di atas rm5000 adalah sudah dikategorikan tinggi… lebih rm10k adalah kejam… mmg benar trader ada hak memilih.. kenapa perlu ambil yg mahal kalau tidak mampu.. senangkan kedai makan ada disediakan gerai dan ada juga disediakan coffee house… ttp jika hari2 dipasang umpan… dan terus memasang umpan, golongan2 baru ini pasti akan cepat terpedaya dan termakan umpan tersebut… mmgla marketing tp kalau marketing dah nmpk mcm memasang perangkap, itu bukan marketing lagi namanya… itu nk menyekem… jadi anda semua kena hati2… elakkan golongan sebegini… sampaikan kpd rakan2 anda… xperlu membuang duit utk byr kelas terlalu mahal dan lgsg tidak munasabah… lebih baik gunakan modal itu utk depo saja… masa saya taip artikel ini, ada sorg trader bercerita dgn saya beliau pernah membayar yuran kelas RM7000 utk 2 org dan kelas itu hanya utk 4 jam sahaja… yg diajar mt4,fx signal,fx calendar..dan ajar indicator stoch dan cci… bila ditanya soalan lebih2 beliau diminta join kelas berharga RM8000 seorg… mmg rasa kesian… adakah ini dinamakan ambil kesempatan? Nama pengajar tu pun aku lgsg x kenal… ntah dari planet mana dtgnya…

Untuk bahagian Class forex, rumusan keseluruhan aku sebenarnya simple sahaja… yg sibuk2 mencari teknik pelbagai, ketahuilah tiada satu teknik yg sempurna dalam dunia ni… semua ada kelemahan… kelas2 yg diajar dgn yuran melampau2.. silap2 boleh dpt free dari google saja… bagi trader forex dpt2 yg masih baru, guru itu penting.. kena ada…. Carilah guru yg lebih mementingkan risk management dan byk mengajar berkaitan psychology bukan hanya ingin menunjukkan teknik dia yg paling power dan paling hebat…. Selalunya guru sebegini adalah seorg yg high risk kerana gila dan taksub pada teknik semata2… bukan apa… ada juga segelintir pengajar ini akan mengajar ajaran2 sesat dlm forex demi kepentingan peribadi…. Itu yg paling dirisaukan… dan pesanan aku juga kpd trader2, anda pun kena ubah sikap anda.. berusaha… dptkan kefahaman dlm forex dan bertrading dgn cara yg betul.. jgn nk sesuatu semua nk disuap saja… nk manja sgt pulak… baik xyah jadi trader… diharap penulisan ini dpt dijadikan panduan supaya anda semua tidak di scam atau menjadi pihak yg diambil kesempatan oleh pihak lain….